Asrafunisah's Blog

Just another WordPress.com weblog

SEIRING SEJALAN

Konvensyen 1MALAYSIA di Hotel Marriotte, Putrajaya

My sweet friend, Fadhillah

Advertisements

February 24, 2010 Posted by | ~ Seiring Sejalan | Leave a comment

PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

February 24, 2010 Posted by | ~ Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita | Leave a comment

DIDIKLAH ISTERIMU WAHAI SUAMI

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.” Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

February 24, 2010 Posted by | ~ Didiklah Isterimu Wahai Suami | Leave a comment

AKU DAN KAU BERBEZA

LELAKI

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

February 24, 2010 Posted by | ~ Aku dan Kau Berbeza | Leave a comment

GAMBAR RAYA ’09

Ni la my family di pagi raya pertama kat rumah tok wan kat Pahang

My lovely brother

February 24, 2010 Posted by | ~ Gambar Raya '09 | 1 Comment

PROTEIN

PERANAN PROTEIN

Protein adalah nutrien yang sangat penting yang namanya datang dari perkataan Greek ‘”protos” yang bermaksud “pertama.” Untuk menggambarkan satu molekul protein, fikirkan suatu rantai yang sangat panjang dengan pautan. Pautan ini mewakili asid amino, blok binaan dalam protein, yang sangat penting untuk pengawalan sel, pertumbuhan dan pembaikan.

FUNGSI UTAMA

~ Badan kita menggunakan protein untuk membina sel baru, menyelenggara tisu dan mengawal fungsi sel.
~ Hampir separuh daripada protein yang diambil setiap hari ditukar menjadi enzim, “pekerja protein” yang khusus mengawal kelajuan tindak balas biologi di dalam badan anda dan membenarkannya mengerjakan fungsi seperti mencerna makanan dan mengumpulkan atau membahagikan molekul untuk membuat sel baru dan bahan kimia. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini, enzim selalunya memerlukan vitamin dan mineral tertentu.

Untuk membuat semua protein yang diperlukan oleh badan, 22 asid amino yang berbeza diperlukan. Sembilan dianggap sebagai perlu, yang bermakna mereka tidak dibuat oleh badan dan mesti diperolehi dari makanan. Badan kita boleh mengeluarkan yang 13 lagi dari lemak, karbohidrat dan asid amino yang lain. Jadi, mereka ini dikenali sebagai asid amino tak perlu.

SUMBER MAKANAN

Daging, ayam itik, ikan, telur, keju, kacang, kekacang dan soya.

PENGGUNAAN

Adalah bermungkinan kita mengambil terlalu banyak protein. Jumlah protein yang diperlukan untuk kesihatan yang baik berbeza.

~ Seorang dewasa lelaki atau perempuan biasa memerlukan 0.8 gram protein bagi setiap kilogram (2.2 pound) berat badan.
~ Semakin tua, protein baru disintesiskan dengan kurang cekap dan jisim otot (tisu protein) berkurangan sementara kandungan lemak tetap atau meningkat. Inilah sebabnya otot seolah-olahnya “bertukar menjadi lemak” dalam usia tua.
~ Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung, individu yang mengalami kecederaan dan atlit mungkin memerlukan lebih protein setiap hari.

CARA NUTRIEN BEKERJA

Nutrien daripada makanan diserap oleh badan semasa ia melalui sistem pencernaan:

~ Nutrien amat penting untuk pertumbuhan, penyenggaraan dan pembaikan sel.
~ Nutrien menyediakan tenaga untuk membolehkan badan anda berfungsi secara berkesan.
~ Nutrien, bersama serat dan air adalah penting bagi kesihatan anda.

Walaupun nutrien boleh bekerja secara sendirian, setiap satu bergantung kepada yang lain untuk menjadi paling berkesan. Nutrien utama adalah makronutrien, karbohidrat, protein, danlemak – dan mikronutrien, vitamin dan mineral.

APA YANG DILAKUKAN OLEH MAKRONUTRIEN

Makronutrien Penting untuk Kesihatan yang Baik:

~ Mereka membantu menguraikan karbohidrat dan lemak, yang memberi tenaga kepada badan.
~ Mereka membantu dalam penyerapan protein, yang menyediakan blok binaan yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel.

February 22, 2010 Posted by | ~ Protein | Leave a comment

LEMAK

Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan. Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Terdapat 40 jenis asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.

Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori :

1) Asid lemak tepu

Asis lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan. Contoh :

~ Asid butarik – susu, mentega
~ Asid palmitik – lemak haiwan
~ Asid laurik – minyak kelapa dan hasil tenusu

2) Asid lemak tidak tepu

Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Contoh :

~ Asid oleik – minyak zaitun
~ Asid linoleik – minyak sayur-sayuran
~ Asid linolenik – minyak sayur-sayuran

FUNGSI LEMAK

1) Memberi haba dan tenaga ~ Setiap satu gram lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.

2) Melindungi organ tubuh yang penting ~ Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.

3) Mengawal suhu tubuh ~ Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.

4) Pelarut vitamin ~ Vitamin A, D, E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.

5) Melambatkan rasa lapar ~ Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.

KEKURANGAN LEMAK

Kekurangan lemak menyebabkan :

~ Kulit menjadi kering
~ Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan
~ Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan
~ Cepat merasa lapar

BERLEBIHAN LEMAK

~ Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah
~ Pengambilan lemak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung

KEPERLUAN HARIAN LEMAK

Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu. Lemak membekalkan hanya 20% hingga 30% daripada jumlah tenaga yang diperlukan. Individu yang mempunyai masalah berat tubuh dan penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

February 22, 2010 Posted by | ~ Lemak | Leave a comment

KARBOHIDRAT

Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Karbohidrat terdapat dalam nasi, roti, bijirin dan mi.
Perkataan ‘karbohidrat’ bermakna ‘karbon campur air.” Tumbuhan menggunakan cahaya matahari (fotosintesis) untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada karbohidrat dan oksigen.

FUNGSI UTAMA

~ Apabila badan anda memerlukan tenaga, ia akan mencari karbohidrat terlebih dahulu.
~ Sekiranya anda tidak mengambil karbohidrat dengan mencukupi, badan anda akan mencari sumber-sumber tenaga yang lain, seperti protein yang terdapat dalam tisu otot. Walau bagaimananpun, protein bukanlah sumber tenaga yang berkesan untuk badan anda.
~ Karbohidrat juga melindungi otot dan membantu mengawal jumlah gula yang beredar dalam darah supaya semua sel akan mendapat tenaga yang diperlukan.

PENGELASAN KARBOHIDRAT

Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:
1- Monosakarida
2- Oligosakarida
3- Polisakarida

1- MONOSAKARIDA

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa.

Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).

2- OLIGOSAKARIDA

Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

3- POLISAKARIDA

Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).

SUMBER MAKANAN

Karbohidrat terdapat dalam dua bentuk: mudah dan kompleks. Kedua-duanya terdiri daripada unit-unit gula. Perbezaannya adalah jumlah unit gula yang dikandungi, dan bagaimana mereka terikat bersama.

~ Karbohidrat mudah adalah gula yang memberi anda tenaga secara segera dan lazimnya tidak mempunyai apa-apa zat pemakanan. Ini termasuk gula-gula, kandi dan air berkarbonat.
~ Karbohidrat kompleks mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan dan selalu mengandungi serat. Bentuk karbohidrat yang lebih “sihat” ini termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, bijirin dan kekacang.

February 22, 2010 Posted by | ~ Karbohidrat | Leave a comment

GARAM MINERAL

PENGENALAN KEPADA GARAM MINERAL

~ Merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh, penting dalam cecair tubuh untuk mengawal proses dalam tubuh seperti tindakbalas enzim dalam proses pencernaan
~ Manusia memperoleh bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan
~ Tumbuhan menyerap garam mineral melalui akar dari tanah dan batu-batan dan tumbuhan tersebut dimakan oleh manusia dan haiwan
~ Lebih kurang 7% daripada berat tubuh adalah garam mineral

February 22, 2010 Posted by | ~ Garam Mineral | Leave a comment

VITAMIN

Vitamin adalah suatu zat senyawa kompleks yang sangat dibutuhkan oleh tubuh kita yang berfungsi untuk mambantu pengaturan atau proses kegiatan tubuh. Tanpa vitamin manusia, hewan dan makhluk hidup lainnya tidak akan dapat melakukan aktifitas hidup dan kekurangan vitamin dapat menyebabkan memperbesar peluang terkena penyakit pada tubuh kita.

Vitamin berdasarkan kelarutannya di dalam air :
– Vitamin yang larut di dalam air : Vitamin B dan Vitamin C
– Vitamin yang tidak larut di dalam air : Vitamin A, D, E, dan K atau disingkat Vitamin ADEK.

1. Vitamin A
– sumber vitamin A =
susu, ikan, sayuran berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan warna merah dan kuning (cabe merah, wortel, pisang, pepaya, dan lain-lain)
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin A =
rabun senja, katarak, infeksi saluran pernapasan, menurunnya daya tahan tubuh, kulit yang tidak sehat, dan lain-lain.

2. Vitamin B1
– sumber yang mengandung vitamin B1 =
gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, dan sebagainya
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B1 =
kulit kering/kusik/busik, kulit bersisik, daya tahan tubuh berkurang.

3. Vitamin B2
– sumber yang mengandung vitamin B2 =
sayur-sayuran segar, kacang kedelai, kuning telur, susu, dan banyak lagi lainnya.
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B2 =
turunnya daya tahan tubuh, kilit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah, sariawan, dan sebagainya.

4. Vitamin B3
– sumber yang mengandung vitamin B3 =
buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis, daging unggas dan sebagainya
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B3 =
terganggunya sistem pencernaan, otot mudah keram dan kejang, insomnia, bedan lemas, mudah muntah dan mual-mual, dan lain-lain

5. Vitamin B5
– sumber yang mengandung vitamin B5 =
daging, susu, sayur mayur hijau, ginjal, hati, kacang ijo, dan banyak lagi yang lain.
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B5 =
otot mudah menjadi kram, sulit tidur, kulit pecah-pecah dan bersisik, dan lain-lain

6. Vitamin B6
– sumber yang mengandung vitamin B6 =
kacang-kacangan, jagung, beras, hati, ikan, beras tumbuk, ragi, daging, dan lain-lain.
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B6 =
pelagra alias kulit pecah-pecah, keram pada otot, insomnia atau sulit tidur, dan banyak lagi lainnya.

7. Vitamin B12
– sumber yang mengandung vitamin B12 =
telur, hati, daging, dan lainnya
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B12 =
kurang darah atau anemia, gampang capek/lelah/lesu/lemes/lemas, penyakit pada kulit, dan sebagainya

8. Vitamin C
– sumber yang mengandung vitamin C =
jambu klutuk atau jambu batu, jeruk, tomat, nanas, sayur segar, dan lain sebagainya
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin C =
mudah infeksi pada luka, gusi berdarah, rasa nyeri pada persendian, dan lain-lain

9. Vitamin D
– sumber yang mengandung vitamin D =
minyak ikan, susu, telur, keju, dan lain-lain
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin D =
gigi akan lebih mudah rusak, otok bisa mengalami kejang-kejang, pertumbuhan tulang tidak normal yang biasanya betis kaki akan membentuk huruf O atau X.

10. Vitamin E
– sumber yang mengandung vitamin E =
ikan, ayam, kuning telur, kecambah, ragi, minyak tumbuh-tumbuhan, havermut, dsb
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin E =
bisa mandul baik pria maupun wanita, gangguan syaraf dan otot, dll

11. Vitamin K
– sumber yang mengandung vitamin K =
susu, kuning telur, sayuran segar, dkk
– Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin K =
darah sulit membeku bila terluka/berdarah/luka/pendarahan, pendarahan di dalam tubuh, dan sebagainya

February 22, 2010 Posted by | ~ Vitamin | Leave a comment